Bermula dengan herba yang hampir tidak dihargai lagi, ia itu kelapa. Kini, Bioasli boleh mendabik dada, kerana kejayaannya mempelopori perniagaan dalam talian di Malaysia. Menjadi ikutan dalam setiap aplikasi dalam memperomosikan produknya. Berjaya mengangkat hasil tempatan keperingkat antarabangsa, dengan kejayaan menembusi pasaran 231 buah negara, dengan rangkaian produk-produk berasaskan kelapa dara yang hebat.

Suke blog ni LIKE ye...

DAFTAR PERCUMA DI SINI..

Photobucket

Wednesday, September 19, 2012



Khasiat susu kambing

Susu kambing merupakan khasiat terpenting dalam proses pembentukan dan pertumbuhan jaringan tubuh manusia. Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Susu kambing tidak mengandungi jenis protein (alpha-casein protein % beta-casein protein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu lembu. Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino yang penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf.

Amat penting dalam pembentukan sel darah penawar racun (detoksifikasi-bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam tubuh serta membina protein & enzim (otot, sendi, organ & pundi yang diperbuat daripada protein).

Gabungan kalsium & fosforus = Calciumphosphate, suatu komponen penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain. Kandungan kalsium & fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu.


Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain :-


*Menurunkan tekanan darah.
     

*Mengawal degupan jantung.
     

*Menyingkirkan toksin dalam kolon.
     

*Membolehkan penggumpalan darah.
     

*Membolehkan saraf berfungsi dengan baik.
     

*Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon.
     

*Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa.
     

*Menstabilkan dan menyelenggara membran sel.
     

*Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon.
     

*Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan.
     

*Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan.



Trace Mineral

Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan.


Selenium

Kandungan selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu atau susu yang lain. Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser. Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan supplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%.

Purata pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis kanser. Penting untuk kesuburan lelaki - diperlukan untuk biosentisis testoron & pertumbuhan sperma normal. Penting dalam pengeluaran sejenis hormon otak 'neurotransmitter' - tahap selenium yang rendah dikaitkan dengan risiko 'dementia' & penyakit mental. Penting untuk sistem imun dengan menghasilkan sejenis hormon 'interleukin-2 (IL2) receptors ke atas permukaan T-cells.


pH Susu Kambing

Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan nilai pH antara pH 7.35 - 7.45. Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna dan sel-sel imun dapat membunuh sel-sel pathogen yang mengancamnya. pH yang rendah (berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan sebagainya.

Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding dengan susu lembu yang asidik. Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mewujudkan persekitaran yang lebih beralkali - baik untuk sistem penghadaman dan dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut dan sebagainya.
 

Kelebihan susu kambing

Susu Kambing Mudah Hadam

Susu kambing mempunyai molekul protein dan lemak yang sangat halus, serta mudah di hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah
penghadaman. Disebabkan zarahnya yang halus serta sifatnya yang menyah asid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulser dan gastrik.


Alahan Laktosa

Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah. Susu kambing mempunyai kandungan laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yang cirit-birit dan alahan kepada susu lembu dan susu tepung.


Susu Kambing Bersifat Alkali

Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana asid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan asid dalam badan. Kandungan asid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan dan otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yang tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.


Susu Kambing Mengandungi Asid Lemak Yang Baik

Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid kaprik dan kaprilik) yang mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.


Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir

Susu kambing tidak membentuk lendir sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.


Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium

Kandungan mineral selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu, ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.


Susu Kambing Kaya Bahan Bioorganik Sodium

Susu kambing didapati mengandungi kandungan Bioorganik Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganik Sodium didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).


Susu Kambing - Keajaiban Untuk Kesihatan

Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organisma yang merbahaya dalam badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat. Kandungan potassium dan kalsium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dalam susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah dan mengawal fungsi hati yang normal. Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit lelah, ekzema, colic, insomnia dan demam kuning. Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis). Susu kambing juga mengandungi faktor anti barah.


Fungsi Susu Kambing



Merawat Kencing Manis
Sakit Jantung & Darah Tinggi
Gastrik
Asma (Lelah)
Acute Anemia
Tulang Belakang Reput
Angin Ahmar
Insomnia
Kebas Kaki & Tangan
Migrain
Semput
Masalah Keletihan
Masalah Kulit
Masalah Ketika Mengandung & Kelahiran
Masalah Susah Buang Air Besar & Buasir


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...