Bermula dengan herba yang hampir tidak dihargai lagi, ia itu kelapa. Kini, Bioasli boleh mendabik dada, kerana kejayaannya mempelopori perniagaan dalam talian di Malaysia. Menjadi ikutan dalam setiap aplikasi dalam memperomosikan produknya. Berjaya mengangkat hasil tempatan keperingkat antarabangsa, dengan kejayaan menembusi pasaran 231 buah negara, dengan rangkaian produk-produk berasaskan kelapa dara yang hebat.

Suke blog ni LIKE ye...

DAFTAR PERCUMA DI SINI..

Photobucket

Wednesday, September 19, 2012



Khasiat susu kambing

Susu kambing merupakan khasiat terpenting dalam proses pembentukan dan pertumbuhan jaringan tubuh manusia. Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Susu kambing tidak mengandungi jenis protein (alpha-casein protein % beta-casein protein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu lembu. Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino yang penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf.

Amat penting dalam pembentukan sel darah penawar racun (detoksifikasi-bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam tubuh serta membina protein & enzim (otot, sendi, organ & pundi yang diperbuat daripada protein).

Gabungan kalsium & fosforus = Calciumphosphate, suatu komponen penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain. Kandungan kalsium & fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu.


Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain :-


*Menurunkan tekanan darah.
     

*Mengawal degupan jantung.
     

*Menyingkirkan toksin dalam kolon.
     

*Membolehkan penggumpalan darah.
     

*Membolehkan saraf berfungsi dengan baik.
     

*Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon.
     

*Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa.
     

*Menstabilkan dan menyelenggara membran sel.
     

*Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon.
     

*Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan.
     

*Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan.



Trace Mineral

Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan.


Selenium

Kandungan selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu atau susu yang lain. Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser. Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan supplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%.

Purata pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis kanser. Penting untuk kesuburan lelaki - diperlukan untuk biosentisis testoron & pertumbuhan sperma normal. Penting dalam pengeluaran sejenis hormon otak 'neurotransmitter' - tahap selenium yang rendah dikaitkan dengan risiko 'dementia' & penyakit mental. Penting untuk sistem imun dengan menghasilkan sejenis hormon 'interleukin-2 (IL2) receptors ke atas permukaan T-cells.


pH Susu Kambing

Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan nilai pH antara pH 7.35 - 7.45. Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna dan sel-sel imun dapat membunuh sel-sel pathogen yang mengancamnya. pH yang rendah (berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan sebagainya.

Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding dengan susu lembu yang asidik. Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mewujudkan persekitaran yang lebih beralkali - baik untuk sistem penghadaman dan dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut dan sebagainya.
 

Kelebihan susu kambing

Susu Kambing Mudah Hadam

Susu kambing mempunyai molekul protein dan lemak yang sangat halus, serta mudah di hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah
penghadaman. Disebabkan zarahnya yang halus serta sifatnya yang menyah asid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulser dan gastrik.


Alahan Laktosa

Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah. Susu kambing mempunyai kandungan laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yang cirit-birit dan alahan kepada susu lembu dan susu tepung.


Susu Kambing Bersifat Alkali

Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana asid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan asid dalam badan. Kandungan asid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan dan otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yang tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.


Susu Kambing Mengandungi Asid Lemak Yang Baik

Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid kaprik dan kaprilik) yang mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.


Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir

Susu kambing tidak membentuk lendir sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.


Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium

Kandungan mineral selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu, ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.


Susu Kambing Kaya Bahan Bioorganik Sodium

Susu kambing didapati mengandungi kandungan Bioorganik Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganik Sodium didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).


Susu Kambing - Keajaiban Untuk Kesihatan

Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organisma yang merbahaya dalam badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat. Kandungan potassium dan kalsium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dalam susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah dan mengawal fungsi hati yang normal. Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit lelah, ekzema, colic, insomnia dan demam kuning. Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis). Susu kambing juga mengandungi faktor anti barah.


Fungsi Susu Kambing



Merawat Kencing Manis
Sakit Jantung & Darah Tinggi
Gastrik
Asma (Lelah)
Acute Anemia
Tulang Belakang Reput
Angin Ahmar
Insomnia
Kebas Kaki & Tangan
Migrain
Semput
Masalah Keletihan
Masalah Kulit
Masalah Ketika Mengandung & Kelahiran
Masalah Susah Buang Air Besar & Buasir


Kelebihan dan khasiat minyak kelapa dara




Difinasi Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara bermaksud, minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat  di dalam buah kelapa tersebut


MINYAK KELAPA DARA ASLI (PURE) –VCOP

Diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan.




Kelebihan Minyak Kelapa Dara.

1-Menyerupai lemak susu ibu.
2-Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, yang mengambil minyak kelapa dara sebagai sebahagian dari pemakanannya akan mendapati paras lauric acid dan capric acid bertambah secara ketara. (lihat keterangan terperinci dalam tajuk Kesan Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Ibu-ibu Yang Menysukan Anak)
3-Anti Oksida (Mencegah atau melambatkan cell mati)
4-Antivirus dan antibakteria.
Lauric acid dalam minyak kelapa dara adalah 'medium chain fatty asid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal. Monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan berperanan memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.

Tindakan antiviral yang dikaitkan dengan monolaurin ialah ia mampu mencairkan lapisan lipid dan phospholipid pada kelongsong atau envelope virus yang menyebabkan kerosakan pada  envelope virus berkenaan. Secara mudah, fatty asid dan monoglycerides menghasilkan kesan pemusnahan  iaitu  dengan menghancurkan dua lapisan plasma membran pada organism berkenaan.

Dari beberapa kajian dan penyelidikan mutakhir ini, telah membuktikan bahawa kesan antimikrobial monolaurin adalah berhubung kait dengan gangguan terhadap sebarang isyarat ke atas mekanisma cell organisma berkenaan untuk replikasi (replication)


Jadual jenis-jenis "Lipid Coated Viruses".



Jadual jenis-jenis Lipid Coated Bacteria
 


5-Meningkatkan Metabolisma tubuh manusia

6- Dikelaskan sebagai functional food.

Sebagai functional food, (functional food telah didefinisikan dalam An ILSI NORTH AMERICA SPECIAL CONFERENCE) bererti ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga. Adalah dianggarkan sekitar 50 peratus kandungan fatty asid di dalam minyak kelapa dara adalah terdiri dari lauric acid, dan 6 hingga 7 peratus kandungannya lagi adalah terdiri dari capric acid.

Lauric acid adalah 'medium chain fatty acid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan untuk memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.

Sementara capric acid adalah juga jenis 'medium chain fatty asid' yang  mempunyai kelebihan fungsi yang sama bila ia membentuk sebagai monocaprin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monocaprin juga telah menunjukkan kesan keupayaan sebagai antiviral terhadap HIV dan ia masih lagi dalam proses uji kaji terhadap kesannya ke atas herpes simplex dan keberkesanan antibakterianya terhadap chlamydia. (Reuters, London June 29,1999).

Dr. Halldor  Thormar, ahli sains Icelandic,  telah membuktikan bahawa monolaurin yang berasal dari minyak kelapa dara, dapat membunuh virus jenis 'lipid coated DNA dan RNA, termasuk HIV dan virus herpes dan juga mikroorganism lain termasuk bakteria jenis gram positive. Ketika ini Dr. Halldor Thormar dan pasukannya merancang untuk meneruskan ujian fungsi serta kesan monocaprin terhadap chlamydia dan virus herpes simplex.




PENYEMBUHAN ALAMI LUAR BIASA.


Salah satu penggunaan minyak kelapa dara yang paling baik adalah untuk memperlembut dan menyembuhkan kulit kering dan mengendur. Ketika mula disapukan pada kulit  ia kelihatan berminyak. Namun oleh kerana sifatnya yang sangat mudah diserap ia tidak meninggalkan lapisan tipis berlemak seperti kebanyakan losyen dan minyak komersial. Satu hakikat tentang kehebatan minyak kelapa dara berbanding dengan losyen adalah ia bukan sahaja dapat melembutkan kulit seperti losyen, tetapi ia berupaya menghilangkan lapisan sel kulit yang mati disamping dapat mendorong pertumbuhan jaringan baru yang lebih sihat.

Banyak orang memperakui bahawa ketika dipakaikan dikulit minyak kelapa dara membantu mencegah sengatan sinar matahari yang panas, sehingga dapat membantu dari gangguan seperti perkembangan kanser kulit dan jeragat kerana kelebihan cahaya ultraviolet. Pengerutan dan kulit kering boleh juga disebabkan kerana terlalu banyak sinar matahari. Minyak kelapa dara dapat juga membantu melindungi kulit dari cahaya matahari yang merosak sehingga dengan mudah tubuh secara perlahan-lahan dapat beradaptasi dalam keadaan demikian sehingga akhirnya boleh tahan terhadap cahaya yang semakin besar. Tidak seperti sunscreen, minyak kelapa dara tidak berfungsi menghambat cahaya ultraviolet, namun memudahkan tubuh untuk menyesuaikan diri secara alami terhadap sengatan cahaya matahari, sehingga dapat meningkatkan tingkat toleransi seiring dengan berlalunya waktu. Namun oleh kerana jenis kulit yang berbeza, tingkat toleransi setiap orang juga berbeza.

Mengapa minyak kelapa dara mampu merangsang penyembuhan dan pemulihan? Hal ini disebabkan kerana pengaruh metabolik yang dimiliki MCFA pada sel. Aktiviti selular, termasuk penyembuhan luka , diatur oleh metabolisma. Ketika angka metabolik tinggi, aktiviti selular dipercepat dan proses seperti penyembuhan jaringan terluka, penghapusan racun, penyerangan sel rosak atau sel mati dengan sel baru yang dilakukan pada aktiviti yang tinggi. Maka dari itu, proses penyembuhannya dapat dipercepat kerana MCFA memberikan sumber yenaga yang cepat pada sel untuk meningkatkan metabolik dan kemampuan penyembuhan.

Keistimewaan khusus minyak kelapa dara yang sangat berkesan adalah kemampuannya mengurangi peradangan, iaitu dapat meredakan radang kulit kronik dalam waktu hanya beberapa hari. Dalam satu kajian yang dilapurkan oleh Dr. S. Sadeghi dan lain-lain, menyatakan bahawa minyak kelapa dara dapat menurunkan bahan-bahan kimia pro-peradangan pada tubuh. Mereka menyarankan bahawa minyak kelapa dara sangat berguna pada pengubatan beberapa penyakit peradangan yang parah. Jika minyak kelapa dara diambil dalam pemakanan, ciri-ciri penyembuhannya sebagaimana yang berlaku pada kulit juga berlaku di dalam tubuh. Gangguan yang berkaitan dengan radang terutama sekali di dalam saluran gastrointestinal seperti colitis, bisul, hepatitis dan hemorrhoids, telah dapat disembuhkan dengan minyak kelapa dara ini. Minyak ini juga mungkin membantu meredakan radang di bahagian tubuh lain seperti terlihat pada multiple sclerosis, arthritis, dan peradangan pada pembuluh nadi (phlebitis) yang bisa menyebabkan pengerasan pembuluh nadi dan sakit jantung.

Dari huraian di atas menjelaskan bahawa minyak kelapa dara yang digunakan di dalam atau diluar tubuh, telah memberikan banyak manfaat kesihatan yang sangat menakjubkan.

Tuesday, September 18, 2012

Khasiat Minyak Kelapa Dara Dan Kesan Jangka Panjang


Setiap hari minum Minyak Kelapa Dara @ habatus Sauda @ Madu-Apa yang akan anda dapat ?

#Melegakan pernafasan – mencairkan kahak dan membersihkan laluan  pernafasan dan  kerongkong

#Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit dan kencing  tidak lawas serta membuang toksn melalui najis.

#Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap  terus sebagai komponen tenaga dalam badan – badan anda akan terasa lebih bertenaga

#Di dalam usus kecil dan besar  ia memusnah organisma perosak, seperti virus, bakteria,  kulat dan protozoa (cacing). Dengan nya penghadaman mencapai tahap maksimum.

#Mengurangkan  keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh  mendapat lebih khasiat dan tenaga.

#Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap

#Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan  sesaorang.

#Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengan bertambah kuatnya sistem kekebalan  tubuh.

#Mengurangkan kelekitan platelet darah – kelekitan platelet adalah faktor penyumbang  kepada pembentukan plak pada saluran darah.

#Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya  plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.

#Mempercepat pengantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan,  kelembutan dan kehalusan kulit.

KESAN JANGKA PANJANG PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA PADA TUBUH

>Mengurangkan kadar kolestrol – ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu ia  adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol  yang tinggi

>Mengawal kencing manis  - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel  bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.

>Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti oksida   semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas .

>Tidak meningkatkan paras kelekitan platelet dalam darah – mengatasi pembentukan plak  pada pembuluh darah yang menjadi anatara faktor punca serangan jantung.
          
>Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria,  anti fungus dan anti protozoa.
           
>Mendapatkan kembali keanjalan, kelembutan kulit – ia mempercepat pergantian sel-sel  kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.
           
>Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang – sel rambut akan mendapat  tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.

>Terhindar dari gejala alahan – minyak kelapa dara bertindak sebagai agen anti  histamine.
      
>Mengelakkan risiko sakit kanser – minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran  organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.

>Keadaan berdengkur akan hilang – kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali  anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.

Sebagai sumber makanan, sumber tenaga dan sumber kesihatan 
*Tidak membebankan organ pankrease

*Lemak tepu rantai sederhana pendek. (MCFA – mudah dihadham)

*Sudah mula dihadhamkan dengan hanya enzim saliva dan diperut (sangat baik untuk mereka  yang ada gangguan pencernaan, masalah metabolik, bayi pramatang yang sistem tubuhnya  kurang berkembang.

*Sel jadi cekap dan efisien

*Bertindak menghalang pembentukan radikal bebas

*Diproses secara organik. Tidak terhasil trans fatty asid beracun yang merosakkan sistem  tubuh

*Tiada kolesterol

*Mengandungi antara 45 – 55 % lauric asid

*Bersifat antivirus, antibakteria, antifungus, anti protozoa.

*Pada kulit, bertindak sebagai perisai tambahan terhadap bahaya sinaran ultra violet (UV)(keremajaan kulit lebih lama) dan penghalang infeksi kuman (mengelakkan jangkitan  penyakit kulit) disamping mempercepat pembentukan sel baru(keanjalan dan kelembutan  kulit lebih ketara.

*Bertindak sebagai anti kanser dan anti histamine (mengelakkan alahan)

*Meningkatkan metabolisma. (Sel punya lebih tenaga, menjadikan ia lebih cekap dan  efisien)

*Meningkatkan daya tahan (endurance)

*Memperbaiki pencernaan. (tidak akan cepat lapar, tidak perlu makan banyak dan berat  badan terkawal secara semula jadi.

*Mempermudah pencernaan mineral dan vitamin (baik untuk warga tua.

Sunday, September 16, 2012

Kelapa sumber rezeki Tuan Ishak




BAGI yang sudah terbiasa dengan produk tempatan berasaskan bahan semula jadi, tentu tidak asing apabila melihat jenama Bio-Asli. Cukup gah dengan rangkaian produk berasaskan herba dan juga minyak kelapa dara, keluaran milik syarikat Ishak Basiran, 42, itu banyak cerita dan keistimewaannya.

Namun, di sebalik kejayaannya mencipta hingga 40 produk dan dipasarkan dalam talian ke 231 buah negara, laluan buat Ishak sebenarnya tidak bermula dengan mudah. Ia merupakan hasil kerja keras serta usaha yang tidak pernah putus.

Pada awal zaman persekolahan, Ishak kerap ponteng kelas dan hal itu membuatkan hati ibunya sedikit tersinggung memikirkan masa depan anaknya.

“Saya ambil upah kupas kelapa setiap kali saya ponteng sekolah. Bila tiba masa kawan-kawan pulang dari sekolah, saya akan menyorok dalam lori kelapa tersebut.

“Memanglah ketika itu malas sangat hendak belajar, tapi selepas ditegur oleh seorang lelaki yang juga mengambil upah kupas kelapa sama seperti saya, ia membuatkan saya sedikit takut akan masa depan dan bimbang menjadi seperti dia,” imbas Ishak yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor.

Bermula saat itu, Ishak tekad untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Setiap malam Ishak akan mengulangkaji pelajaran bertemankan pelita tanah dan seperti biasa dia tetap akan mengambil upah mengupas kelapa selepas habis kelas.

Walaupun persekolahan Ishak berjalan lancar selepas itu, tetapi dia masih gagal mengatasi kelemahan Bahasa Inggeris dan ciri-ciri kepimpinan dalam diri. Begitupun, berkat usaha yang tidak kenal putus asa, akhirnya dia muncul sebagai pelajar terbaik Sijil Rendah Pelajaran (SRP) di sekolahnya.

Sejurus menempatkan diri di Universiti Teknologi Mara (ketika itu Institut Teknologi Mara), kecintaan Ishak terhadap dunia perniagaan semakin ketara apabila dia terlibat dengan jualan dari rumah ke rumah menjual barangan syarikat yang disertainya seperti
berus gigi, buku dan lain-lain.

Di kolej pula, saya memang tidak boleh duduk diam, saya akan isi masa saya menjual nasi lemak dari bilik ke bilik dan pendek kata selagi saya boleh membuat duit saya akan cuba lakukan,” imbas Ishak.

Jurutera elektronik

Sebagai lulusan Ijazah Sarjana Kepujian Kejuruteraan Jentera, Ishak menimba pengalaman dahulu dalam bidang tersebut untuk beberapa tahun sebelum membuka sebuah kilang elektronik di Sabak Bernam pada 1997.

Bermodalkan RM2,600 dan enam orang tenaga kerja, kilang tersebut mendapat kepercayaan syarikat gergasi Jepun, Tamura Electronics (M) Sdn. Bhd. untuk pemasangan komponen transformer.

Pada awalnya, ia mampu mengaut keuntungan jutaan ringgit setiap bulan dan secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak desa Sabak Bernam.

“Kegawatan ekonomi ketika itu menjejaskan prestasi syarikat dan bagi mengelakkan perniagaan saya terkubur, saya mengambil alternatif lain dengan melakukan satu lagi perniagaan dengan jenama Desaku.

“Desaku diwujudkan pada 2000 dengan produk utama kami merupakan makanan dan minuman berasaskan bahan-bahan asli orang kampung seperti buah-buahan tempatan,” katanya yang juga memiliki pengalaman menimba ilmu sebagai jurutera di Amerika Syarikat (AS) dan Korea.

Masih belum berpuas hati dengan perkembangan perniagaan Desaku, Ishak lantas cuba berfikir untuk mencipta produk baharu menggunakan herba ataupun buah-buahan tempatan.

Selepas menjalankan beberapa siri penyelidikan dan pembangunan (R&D), pada tahun 2005 dengan rasminya tercipta minyak kelapa dara sebagai produk sulung di bawah syarikat baharu Ishak, Bioasli Global Business.

Minyak kelapa dara

Pemilihan minyak kelapa dara dirasakan bertepatan dengan kehendak perniagaan Ishak yang mahu membawa rangkaian produk tempatan ke peringkat antarabangsa.

“Kelapa merupakan buah-buahan tempatan yang mengandungi banyak khasiatnya. Paling menyedihkan, orang kita sendiri tidak tahu akan keistimewaan buah kelapa tersebut.

“Penciptaan minyak kelapa dara membuka mata ramai pihak bahawa isi kelapa segar itu membantu merawat tubuh badan dan boleh diekstrak ke dalam bentuk lain untuk tujuan kecantikan dan kesihatan.

“Lebih daripada itu, produk ini boleh digunakan oleh semua orang di serata dunia. Menerusi aplikasi dalam talian, perniagaan saya lebih mudah dan berkembang dengan pantas,” jelasnya yang cukup mengagumi kehebatan herba-herba tempatan.

Saturday, September 15, 2012

Teh Herba Stevia + Mas Cotek + Misai Kucing ( THSMM)






MAS COTEK (FICUS DELTOIDE)
     
Mengandungi bahan aktif yang sangat penting untuk sistem tubuh seperti :



Berfungsi untuk :



1. Mengurangkan keletihan 
2. Memperbaiki peredaran darah 
3. Mengeluarkan toksin badan 
4. Memecah lemak & membuang kolesterol dalam darah
5. Memperbaiki daya fokus dan ingatan
6. Kencing manis
7. Darah tinggi
8. Lemah jantung
9. Sakit pinggang 
10. Meningkatkan keinginan seks suami & isteri
11. Menguatkan otot kelamin tuan & puan


STEVIA REBAUDIANA

Mengandungi bahan aktif berkhasiat steviosid

Berfungsi untuk :

1.Pemanis tanpa klori
2.Menurunkan tekanan darah
3.Kencing manis (gula tanpa kalori)
4.Menurunkan berat badan
5.Mengurangkan keradangan


MISAI KUCING (ORTHOSIPHON STAMINEUS)

  
Mengandungi bahan hebat seperti :

1-Cirsimaritin

2-Myoinositol

3-Orthosiphon

4-Pillion

5-Rhamnasin

6-Bmlt oioidsalvigenin

7-Kerotinoid

8-Keratin

9-Flavanoid

10-Glukosid

11-Glikoprotein

12-Terpenoid

13-Saponin

Berfungsi untuk :

Kencing manis
Darah tinggi
Mengelak jangkitan saluran kencing
Mengelakkan batu karang (kencing lawas)
Merangsang kesihatan prostate
Menggalak hormone testeron
Membantu menyingkirkan asid urik (gout)
Arthritis
Reumatik
Nephritis
Arteriosclerosis
Mengurangkan kadar kolestrol
Melancarkan peredaran darah
Mengurangkan penyakit kardiovaskular
Anti kanser
Sakit jantung
Merangsang sistem imunisasi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...