Bermula dengan herba yang hampir tidak dihargai lagi, ia itu kelapa. Kini, Bioasli boleh mendabik dada, kerana kejayaannya mempelopori perniagaan dalam talian di Malaysia. Menjadi ikutan dalam setiap aplikasi dalam memperomosikan produknya. Berjaya mengangkat hasil tempatan keperingkat antarabangsa, dengan kejayaan menembusi pasaran 231 buah negara, dengan rangkaian produk-produk berasaskan kelapa dara yang hebat.

Suke blog ni LIKE ye...

DAFTAR PERCUMA DI SINI..

Photobucket

Sunday, September 16, 2012

Kelapa sumber rezeki Tuan Ishak




BAGI yang sudah terbiasa dengan produk tempatan berasaskan bahan semula jadi, tentu tidak asing apabila melihat jenama Bio-Asli. Cukup gah dengan rangkaian produk berasaskan herba dan juga minyak kelapa dara, keluaran milik syarikat Ishak Basiran, 42, itu banyak cerita dan keistimewaannya.

Namun, di sebalik kejayaannya mencipta hingga 40 produk dan dipasarkan dalam talian ke 231 buah negara, laluan buat Ishak sebenarnya tidak bermula dengan mudah. Ia merupakan hasil kerja keras serta usaha yang tidak pernah putus.

Pada awal zaman persekolahan, Ishak kerap ponteng kelas dan hal itu membuatkan hati ibunya sedikit tersinggung memikirkan masa depan anaknya.

“Saya ambil upah kupas kelapa setiap kali saya ponteng sekolah. Bila tiba masa kawan-kawan pulang dari sekolah, saya akan menyorok dalam lori kelapa tersebut.

“Memanglah ketika itu malas sangat hendak belajar, tapi selepas ditegur oleh seorang lelaki yang juga mengambil upah kupas kelapa sama seperti saya, ia membuatkan saya sedikit takut akan masa depan dan bimbang menjadi seperti dia,” imbas Ishak yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor.

Bermula saat itu, Ishak tekad untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Setiap malam Ishak akan mengulangkaji pelajaran bertemankan pelita tanah dan seperti biasa dia tetap akan mengambil upah mengupas kelapa selepas habis kelas.

Walaupun persekolahan Ishak berjalan lancar selepas itu, tetapi dia masih gagal mengatasi kelemahan Bahasa Inggeris dan ciri-ciri kepimpinan dalam diri. Begitupun, berkat usaha yang tidak kenal putus asa, akhirnya dia muncul sebagai pelajar terbaik Sijil Rendah Pelajaran (SRP) di sekolahnya.

Sejurus menempatkan diri di Universiti Teknologi Mara (ketika itu Institut Teknologi Mara), kecintaan Ishak terhadap dunia perniagaan semakin ketara apabila dia terlibat dengan jualan dari rumah ke rumah menjual barangan syarikat yang disertainya seperti
berus gigi, buku dan lain-lain.

Di kolej pula, saya memang tidak boleh duduk diam, saya akan isi masa saya menjual nasi lemak dari bilik ke bilik dan pendek kata selagi saya boleh membuat duit saya akan cuba lakukan,” imbas Ishak.

Jurutera elektronik

Sebagai lulusan Ijazah Sarjana Kepujian Kejuruteraan Jentera, Ishak menimba pengalaman dahulu dalam bidang tersebut untuk beberapa tahun sebelum membuka sebuah kilang elektronik di Sabak Bernam pada 1997.

Bermodalkan RM2,600 dan enam orang tenaga kerja, kilang tersebut mendapat kepercayaan syarikat gergasi Jepun, Tamura Electronics (M) Sdn. Bhd. untuk pemasangan komponen transformer.

Pada awalnya, ia mampu mengaut keuntungan jutaan ringgit setiap bulan dan secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak desa Sabak Bernam.

“Kegawatan ekonomi ketika itu menjejaskan prestasi syarikat dan bagi mengelakkan perniagaan saya terkubur, saya mengambil alternatif lain dengan melakukan satu lagi perniagaan dengan jenama Desaku.

“Desaku diwujudkan pada 2000 dengan produk utama kami merupakan makanan dan minuman berasaskan bahan-bahan asli orang kampung seperti buah-buahan tempatan,” katanya yang juga memiliki pengalaman menimba ilmu sebagai jurutera di Amerika Syarikat (AS) dan Korea.

Masih belum berpuas hati dengan perkembangan perniagaan Desaku, Ishak lantas cuba berfikir untuk mencipta produk baharu menggunakan herba ataupun buah-buahan tempatan.

Selepas menjalankan beberapa siri penyelidikan dan pembangunan (R&D), pada tahun 2005 dengan rasminya tercipta minyak kelapa dara sebagai produk sulung di bawah syarikat baharu Ishak, Bioasli Global Business.

Minyak kelapa dara

Pemilihan minyak kelapa dara dirasakan bertepatan dengan kehendak perniagaan Ishak yang mahu membawa rangkaian produk tempatan ke peringkat antarabangsa.

“Kelapa merupakan buah-buahan tempatan yang mengandungi banyak khasiatnya. Paling menyedihkan, orang kita sendiri tidak tahu akan keistimewaan buah kelapa tersebut.

“Penciptaan minyak kelapa dara membuka mata ramai pihak bahawa isi kelapa segar itu membantu merawat tubuh badan dan boleh diekstrak ke dalam bentuk lain untuk tujuan kecantikan dan kesihatan.

“Lebih daripada itu, produk ini boleh digunakan oleh semua orang di serata dunia. Menerusi aplikasi dalam talian, perniagaan saya lebih mudah dan berkembang dengan pantas,” jelasnya yang cukup mengagumi kehebatan herba-herba tempatan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...